Thursday 5 December 2013

NEFRON : STRUKTUR & FUNGSINYA

Nefron adalah struktur penapisan kecil di dalam buah pinggang anda.Setiap buah pinggang mengandungi lebih dari sejuta nefron penapisan kecil yang membantu membersihkan darah anda.

Fungsi nefron ialah ia membantu anda:

Mengeluarkan lebihan air,sisa dan zat yang tidak diperlukan dari darah anda.
Mengembalikan bahan-bahan seperti natrium,kalium atau fosforus setiap kali bahan-bahan ini telah habis dari tubuh anda.
Setiap nefron terdiri daripada dua struktur utama,iaitu glomerulus dan tubul renal(buah pinggang).

Glomerulus

Glomerulus adalah pembuluh darah kecil atau dipanggil kapilari,yang kelihatan seperti bebola benang.Penapisan darah yang sebenarnya berlaku di dalam glomerulus.Setiap glomerulus di dalam buah pinggang anda bertindak seperti penapis yang membantu menjaga protin biasa dan sel-sel dalam aliran darah anda dan membolehkan sisa-sisa buangan,kelebihan cairan dan bahan-bahan lain untuk dikeluarkan dari tubuh.

Tubul

Tubul atau disebut juga sebagai tubul buah pinggang adalah satu tabung kecil di mana sisa buangan,cecair berlebihan dan zat yang digunakan semula seperti natrium dan kalium ditapis keluar melalui glomerulus melaluinya.

Buah pinggang anda akan mengukur bahan kimia seperti natrium,fosforus dan kalium dan akan membebaskan semula ke dalam darah untuk digunakan semula oleh tubuh apabila diperlukan.

Melalui cara ini,buah pinggang anda akan mengawal zat tersebut mengikut keperluan tubuh anda.Ini kerana keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk memastikan agar tubuh anda dapat berfungsi dengan baik

Nefron adalah bahagian yang paling aktif sekali melakukan tugasnya di dalam buah pinggang.Secara umumnya,bagi nefron yang normal akan menjalankan tugasnya siang dan malam untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah.Bagi setiap buah pinggang mempunyai kira-kira sejuta unit nefron.

Dua bahagian utama yang terdapat di dalam nefron ialah sel buah pinggang dan tubul buah pinggang.Sel darah ini mempunyai glomerulus(lihat gambar).Pembersihan darah berlaku di bahagian nefron.

Glomerulus,merupakan seberkas pembuluh darah yang sangat kecil,mempunyai lubang-lubang kecil yang berfungsi sebagai penapis.Keadaan ini bagi membolehkan air,sisa buangan dan juga bahan-bahan kecil melaluinya.Manakala zarah-zarah yang lebih besar dan juga zat-zat termasuk sel-sel dan protin tidak akan dibenarkan untuk melalui penapis ini.

Cecair yang ditapis termasuk sisa buangan dan zat-zat lain akan melalui satu tabung yang sangat kecil yang dipanggil sebagai tubul buah pinggang.Ia adalah satu tabung yang berselanjar yang mempunyai empat bahagian utama iaitu:

Tubul proksimal
Lingkaran menurun
Lingkaran menaik
Hujung tubul
Di dalam artikel ini kita hanya akan membincangkan fungsi tubul buah pinggang secara umum sahaja.

Pada peringkat permulaannya,tubul buah pinggang akan menerima cecair,bahan-bahan buangan dan zat kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Bahan kimia seperti natrium,fosforus dan kalium akan diukur oleh buah pinggang.Apabila tubuh kekurangan salah satu daripada bahan kimia tersebut,tubul akan membebaskan kembali bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk digunakan oleh tubuh.Dengan demikian,buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengatur keseimbangan bahan-bahan ini.Keseimbangan yang tepat adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup.

Kerosakan pada nefron akhirnya akan merosakkan fungsi buah pinggang.

-SUMBER BUAH PINGGANG SIHAT.COM-