Friday 23 November 2012

Bersamamu semasa sakit dan sihat



Seorang rakan fb ade share satu artikel ni..tentang topik ni dlm Group Lupus..
"kesejahteraan keluarga mengenai bagaimana kita sebagai pasangan yang sudah berkahwin, baru berkahwin dan yang masih single , membuat persediaan dan menghadapi kehidupan berumahtangga"..
Tertarik utk membacanya..Jom baca..




Mendapat Kejutan

Helloooooo..geng..4 hari lepas,terkejut gak dgr berita ni..my friend dh menjalinkan ikatan permulaan..bg meneruskan niat mereka..mcm x percaya..hehee..tpi..tu sume Allah yg aturkn nya kn..tiada yg mustahil...
kita sebagai hamba Allah hanya merancang..DIA yg menentukan..


Ktanya "Cinta Muka Bulu" kihkihh..bulu pon bululah..smoga korang bahgia,my fren..
Bercinta 7 hari..
14 hari kemudian bertanya..
Dlm ms 5 hari si lelaki ni berfikir.."x baik berkenalan special dri seorang perempuan kalau x ada niat nak kawen." (ni copy paste dr ayat si lelaki)
Dan 21 hari kemudian bertunang..

so,x treme kn..hehee
dgr kisah diorng ni agak sweet jugaklah..smpi ak rasa tersentuh hati dgn kata2 ni...
"setiap pasangan yang miskin dan sakit apabila ia berkahwin pasti ada rezeki untuk nya.
percaya la."
[["setiap pasangan yang miskin itu adalah dari Hadis Sohih Bukhari."
dan tambahan setiap pasangan yang sakit itu dari Hadis Sohhih Muslim (ijma ulama)."
setiap benda ada rezekinya walaupun anjing kurap dan seorang pelacur. itu janji Allah SWT.
Tugas kita betulkan niat...Jom]]

"segala urusan sakit dia..adalah urusan saya"kata si lelaki..
(walaupon keduanya sakit)
"Yg penting care each other" awk jg saya..saya jg awak"..
Sesungguhnya mmg ssh nk cr yg mcm ni..x semua sanggup..walaupon pd mulut berkata..tpi..hurmmm

Ntah lah..Jodoh..pertemuan..ajal..maut..itu semua ketentuanNYA kn..Aku percaya..& aku redha..

Sunday 18 November 2012

Kisah Katak Dan Siput



Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab: “Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan bisa melompat ke sana ke mari, Tapi saya mesti membawa cangkang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih.”

Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak).”

Dan seketika, ada seekor elang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukan badannya ke dalam cangkang, sedangkan katak dimangsa oleh elang.

Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Lebih baik pikirkanlah apa yang kita miliki. Hal tersebut akan membawakan lebih banyak rasa syukur dan kebahagiaan bagi kita sendiri.

(copy paste dr seorang hamba Allah)


Tersenyum lah Wahai Diri


"TERSENYUMLAH WAHAI DIRI"


Kesedihan itu takkan abadi...
Roda kehidupan selalu berputar...
Ada kalanya bahagia terasa...
Ada kalanya sedih merintih dan juga air mata...
Tapi tahukah anda?

Ada DIA yang selalu menatapmu lembut...
DIA tahu yang terbaik untukmu...
DIA memberi apa yang engkau perlukan...
Bukan selalu menuruti apa yang engkau inginkan...

Semua yang terjadi juga karena kehendak-Nya...
Semua yang berjalan sesuai rencana-Nya...

Jadi untuk apa engkau resah atas sesuatu yang belum pasti?
Bukankah janji-Nya itu pasti?
DIA Allah yang Maha Mengetahui...

DIA yang maha memberi...
DIA akan memberikan kepadamu segala apa yang engkau mohonkan kepada-Nya...

Ketahuilah...
Jika engkau menghitung nikmat Allah...
Niscaya engkau tak akan pernah mampu menghitungnya...
Maka Bersyukurlah...

Hidup terus berjalan meski kadang kenyataan tak seperti yang diinginkan...
Yang dicintai kadang pergi...
Yang didambakan kadang menghilang...
Maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya...
Niscaya Dia akan mengerti perasaanmu...

Ini sebagian ujian dari-Nya...
Dia takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya...

Bukankah manusia itu memang diuji untuk mengetahui sejauh mana yang paling bertaqwa kepada-Nya?
Maka tetaplah Istiqamah!

Masih banyak di luar sana saudara-saudara kita yang jauh lebih sakit dan menderita...
Selalu ada hikmah di balik kejadian...
Selalu ada kemudahan setelah kesulitan...
Semua pasti indah pada waktunya...
Itu adalah janji-Nya...

Maka tersenyumlah wahai diri... ^_^



Thursday 15 November 2012

Si gadis JULAI..

oh..yeahhh..hahaaa

Belek2 blog..jumpa lak ni..Rahsia Bulan Kelahiran..
x tau la btl ke tidak..mari kita lihat..ni copy paste dr SINI
nk usha2 boleh..kihkihhh

Bulan Kelahiran saya JULAI..hehee = sblh tu respon dr gadis JULAI ni..hahaa :P


My zodiac is LEO..leo singa rite..singa garang kn..sy pon garang..tpi bersebab la..
sbnrnya penyanyang..uhuuuhuu
TOP 10 REASONS YOUR A LEO!

  • Sangat seronok didamping = (tu kena tny orglah..hahaa)
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki = (rasa mcm btl..huhuu)
  • Agak pendiam kecuali diransang = (sgt betul..ki3)
  • Ada harga dan maruah diri = (sume org ade harga & maruah diri pe..nonsense je..hahaa)
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan = (btl3..hihii)
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus = (btl jugak,tpi jgn ambil kesempatan..hahaa)
  • Sangat menjaga hati orang lain = ( btl jugak)
  • Sangat peramah = (bila d'ransang,mcm mulut murai..wakakaa)
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya = (btl,emosi sgt memainkn peranan..hahaa)
  • Berjiwa sentimental = ( x jugak..kkdang2 giler2)
  • jarang berdendam = (x reti nk dendam2 ni..klu terjadi sekalipon kejap je..pastu dh lupa..ekekee)
  • mudah memaafkan tapi sukar melupakan = (btl..hehee)
  • tidak suka benda remeh-temeh = (tersgt btl..buang masa je)
  • membimbing cara fizikal dan mental = (no komen)
  • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang = (itu sifat semulajadi..hahaa)
  • layanan yg serupa dgn semua orang = (x pasti..ask other people..kehkehh)
  • tinggi daya simpati = (itu mmg x dpt nk d'elakkn..tggi beno rasa simpatinya)
  • pemerhatian yg tajam = ( pki spec tajam la kot..hahaa)
  • suka menilai org lain dgn pemerhatian = (btl..mmg x d'nafikn..tpi apa yg ku nilai,sumenya benar,setakat ni la..hahahaa :P)
  • mudah dan rajin belajar = (ya..ofcoz..hehee)
  • suka muhasabah diri = (kkdang..kihkihh)
  • suka megenangkan peristiwa atau kawam lama = (ya..kenangan yg x dpt d'lupakn)
  • suka mendiamkan diri = ( Ya..ikut mood)
  • suka duduk dirumah = (btl jugak..hihii)
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan = (Yes..cr pon,,klu xnk kawan,x ikhlas buat pe..biar kwn yg cr kita..huhuu..klu putus kwn pon..ko yg nk kn ngan ak..hahaa) xdelah..gurau je..hihii
  • tak agresif kecuali terpaksa = ( xtau..hihii)
  • lemah dari segi kesihatan perut = (Perut saya apepon blh telan..muahahaa)
  • mudah gemuk kawal tak kawal diet = (Yg ini paling btl..hahaa..mkn byk sikit je,mulalah naik..uhuuhuu)
  • minta disayangi = (sayangilah saya..penat tau saya syg org..hahaa,mcm x dihargai je rasa)
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih= (mudah terlika hati tu kkdang..tapi lmbt pulih tu x rasanya)
  • terlalu mengambil berat= (Yes)
  • rajin dalam membuat kerja = (Yes..buat keje smpi x igt..awk tu x sihat sgt..pastu sendri yg pengsan..hahaa)
**SESAJE JE BUAT NI..XDE KEJE..EKEKEEKEE..HAVE FUN BACA2 ABOUT UR ZODIAC..DADAAA




Wednesday 7 November 2012

BeRsIN..Hakkkcuummm!

Kenapa kita bersin? Apa manfaat bersin? Jangan tahan bersin!!!


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hakkkcuummm!!

--> Banyak orang yang menganggap bersin sebagai hal yang biasa2 je. Memang akan terjadi tiba2 je..Padahal, faktanya bersin merupakan suatu mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. kuman, virus, debu, atau benda asing lain masuk ke hidung. maka saluran pernafasan akan mengeluarkan lendir atau menghalangi virus sehingga tubuh terlindung daripada penyakit. melalui bersin...

--> Bersin merupakan respon tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mendeteksi adanya bakteri dan kelebihan cairan yang masuk ke dalam hidung, sehingga secara otomatis tubuh akan menolak bakteri itu.

--> Ketika bersin jantung akan berhenti berdenyut.  Setelah selesai bersin maka jantung akan kembali lagi berdenyut. Agama Islam menyuruh kita ucap “Alhamdulillah” yang artinya “Segala Puji bagi Allah”, karena jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya.

--> Jangan Tahan bersin,ini menyebabkan kuman dan benda asing tertahan dalam tubuh, Selain itu,terjadinya pecah gendang telinga, kehilangan pendengaran, Pembengkakan wajah sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Sebab, saluran hidung dan mulut yang menjadi sarana keluaran bersin berhubungan juga dengan telinga. 

kenapa bila bersin kita tutup mata??? Cuba buka mata..hahaaa

Ini kerana ..Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga ketika kita bersin, maka secara automatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak dimasuki oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.
Selain itu, ketika kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegup untuk seketika . Setelah selesai bersin maka jantung akan berdegup kembali.
Oleh kerana itu, dalam agama Islam, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Tuhan iaitu "Alhamdulillah" yang bererti "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya, setelah terhenti sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi....

Bersin pon ada adab tau..hehee

Apabila kita bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah”, sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.

Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan “Afakallah” (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah”.

**Tpi klu an da bersin lebih dr 3 kali..dan berkali-kali..bermakna anda nk dijangkiti selsema..sila berjumpa doktor..hehehee




Saturday 3 November 2012

Tanggungjawab Terhadap Haiwan

Kucing harus disayangi bukan dizalimi - 
Tanggungjawab terhadap haiwan

1001 Kemusykilan
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)

SOALAN: Saya seorang wanita yang sangat sukakan haiwan jinak. Saya memelihara enam ekor kucing dan mengambil berat tentang penjagaan mereka. Beberapa minggu lalu, saya terpaksa menyerahkan kucing-kucing saya kepada jiran di sebelah rumah, kerana saya ke luar negara, malangnya jiran saya tidak begitu mengambil berat tentang kucing-kucing itu, menyebabkan ia mati dilanggar kereta dan ada juga yang sakit kerana dikhianati orang yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya ialah:

1. Adakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan disoal di akhirat nanti, kerana kezaliman yang dilakukan terhadap kucing-kucing peliharaan?

2. Adakah saya akan bertemu kembali dengan kucing-kucing kesayangan saya itu ketika ia menuntut bela ke atas pihak-pihak yang berlaku zalim terhadapnya.

3. Di manakah letaknya roh-roh kucing, selepas mati. - NORIFAH, Triang, Pahang.

JAWAPAN: Sebelum menjawab soalan puan, lebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas tabiat puan Norifah yang menyayangi haiwan jinak itu. Tabiat ini sangat baik dan patut dipuji, kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, jangan keterlaluan sehingga menyayangi kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.

Sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.

Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh. Sikap ini juga pada hemat saya suatu keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.

Kembali kepada soalan yang dikemukakan di atas, saya meneliti jawapannya dari dua aspek iaitu bertanggungjawab terhadap haiwan di dunia dan nasib mereka di akhirat.

Pertama. Tanggungjawab terhadap haiwan. Manusia hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan, terutama yang di bawah kawalannya. Jika haiwan itu merupakan peliharaan anda, berilah kepadanya makan minum secukupnya, jagalah kepentingan hidupnya dengan penuh tanggungjawab. Jika haiwan itu mendatangkan bahaya kepada keselamatan manusia, maka hendaklah dibunuh sebelum ia membunuh manusia, tetapi hendaklah dengan tertib dan terhormat.

Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.

Dalam sebuah hadis yang juga riwayat Bukhari bilangan 3208, rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu. Kita mungkin bertanya, bukankah anjing itu najis mughallazah (berat). Sentuhannya mewajibkan basuh tujuh kali menurut mazhab Syafie, salah satu daripadanya hendaklah dengan air tanah.

Masalah yang berbangkit dalam hadis di atas bukan soal najis atau tidak najisnya anjing, tetapi simpati dan sikap perikemanusiaan terhadap haiwan itu. Islam adalah agama rahmah dan kasih sayang terhadap semua makhluk, sama ada haiwan atau manusia, muslim atau kafir.

Kucing dan anjing adalah haiwan jinak, berbuat baik kepadanya menyebabkan terhapusnya karat-karat dosa yang degil, lalu ditempatkan seseorang itu di syurga. Berlaku zalim terhadapnya pula suatu dosa yang memungkinkan seseorang dimasukkan ke neraka. Syurga dan neraka bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan jawapan mahu atau tidak, tetapi suatu pembalasan berdasarkan dosa dan pahala.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Hadis-hadis ini dengan sendirinya menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Richard Martin dari Britain yang menubuhkan Persatuan Antikezaliman Terhadap Haiwan pada tahun 1824M, merupakan yang pertama di dunia membela haiwan. Dakwaan ini tidak tepat, kerana nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1422 tahun yang lalu telah membela haiwan. Jangka masa itu jauh mendahului tokoh dari Britain yang diagungkan itu.

Menyayangi binatang adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul (lengkap). Justeru, kita tidak terkejut jika ada kajian mengesahkan hasil-hasil positif daripada tabiat ini. Sebagai contoh, suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing dan anjing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Islam menerima pemeliharaan kucing, tetapi menolak anjing kerana najis.

Perlu juga disebutkan, dalam hadis-hadis sahih menyebutkan beberapa jenis haiwan yang harus dibunuh, kerana tabiatnya mengancam kehidupan manusia, seperti anjing gila, ular berbisa, tikus, gagak dan sebagainya. Binatang-binatang liar seperti harimau, gajah dan sebagainya juga harus dibunuh, jika ada tanda-tanda mereka mengancam nyawa manusia. Jangan tunggu sehingga ia lebih dahulu membaham manusia.

Kedua. Nasib haiwan di akhirat. Tentang nasib haiwan di akhirat, sama ada akan dibangkit semula atau tidak. Ulama mempunyai dua pandangan berikut:

1. Semua haiwan akan dibangkit semula di akhirat. Tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada hubungan dengan manusia atau sesama haiwan, termasuk pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya oleh pihak-pihak yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Pendapat ini diperkukuhkan dengan beberapa ayat al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah ketika binatang-binatang liar dikumpulkan (al-Takwir: 5).

Menurut pandangan ini, pengumpulan yang dimaksudkan ialah pengumpulan di akhirat bersama-sama manusia, untuk dihisab hak-haknya yang dizalimi dan diambil tindakan sewajarnya mengikut keadilan Allah. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah hadis riwayat Muslim bilangan 4679 yang bermaksud:

``Sesungguhnya setiap hak akan disempurnakan pada hari kiamat, hinggakan kambing bertanduk akan diserah kepada kambing tanpa tanduk untuk dibalas tandukannya. Maksudnya, kambing tanpa tanduk selalu dizalimi oleh kambing bertanduk. Kezaliman ini akan diselesaikan di mahsyar (tempat perhimpunan) di akhirat melalui pembalasan.

Ada juga orang membuat hujah dengan haiwan korban yang dibangkit semula, lalu menjadi kenderaan kepada tuan punya korban. Dikatakan jika haiwan itu gemuk dan bertenaga lebih, nescaya mampu mengangkut tuan punya korban ke syurga. Sebaliknya jika kurus akan terhentilah haiwan dan tuan punyanya di separuh jalan.

2. Haiwan tidak akan dibangkit lagi pada hari akhirat, kerana ia bukan ahli yang memikul dosa dan pahala, tidak disediakan bagi haiwan sama ada syurga atau neraka. Pembalasan hanya berlaku apabila adanya taklif (pembebanan tanggungjawab) seperti terhadap manusia dan jin. Haiwan tidak pernah ditaklifkan dengan sebarang beban tugas. Oleh itu ia tidak dibangkit lagi selepas mati.

Saya lebih cenderung kepada pendapat kedua ini, kerana tiada dalil yang kukuh menyatakan haiwan dibangkit dan akan menerima pembalasan. Hujah yang diberi kumpulan pertama boleh dijawab berbagai-bagai jawapan, misalnya:

Ayat 5 surah al-Takwir yang menyatakan semua binatang liar dikumpul. Maksud pengumpulan ini ialah perubahan tabiat daripada hidup liar dan berlari-lari memburu mangsa dari sana-sini kepada hidup berkumpul kerana takutkan huru-hara kiamat yang sedang berlaku. Ayat-ayat pertama surah al-Takwir ini pada hakikatnya tidak membicarakan suasana pada hari kiamat, tetapi membicarakan suasana sebelum kiamat berlaku.

Hadis yang menyatakan kambing tanpa tanduk diberi peluang menanduk kambing-kambing yang pernah menanduknya di dunia, tidak juga jelas menunjukkan kebangkitan semua haiwan di akhirat, kerana ungkapan ini menurut sesetenah pengulas hadis adalah menyatakan keadilan Ilahi yang membalas semua kezaliman yang berlaku semasa di dunia, iaitu sebelum masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka.

Hadis yang menyatakan haiwan korban menjadi tunggangan tuan punya korban ke syurga, hendaklah difahami keterangan ini sebagai simbolik. Kenderaan di akhirat tidak boleh disamakan dengan kenderaan di dunia, tambahan pula kenderaan di duniapun tidak lagi memakai kereta lembu dan kereta kuda.

**Sebagai kesimpulan, memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.

(Utusan Malaysia-6/1/2002)  

Sape yg zalim pd aku,aku tembak die pki M16..hahaaa
jahat x..jahat x..kahkhakahhh

Usrah-Istimewanya kucing


Thursday 1 November 2012

Japan Cucumber

Sure ramai lg yg x tau kn tentang timOn JepOn..hehee
Yg dh tau tu bgsla..bermakna anda suka makan timOn..hahahaaaa :P
Aku pon suke mkn timOn..klu xde sayur..amik timOn buat ulam..kih3
TimOn ni sedap..lain dr timOn yg lain..kalau kita kunyah tu rangup..kihkihh
X Tau lah nape name die timOn jepOn..mayb dr JepOn kot..hahaaa
Ohh Ya..lg satu..timOn ni la yg selalu org buat sushi tu..klu nk masam..nnt dijerukkn..
(ala yg selalau ade dlm burger tu..timon yg masam tu..hihii)Ape org pggl PICKLE..hehh..hehh..
(aku pggl timOn masam je)..timOn lain pon blh gak buat PICKLE rasanya..

Tapi timOn ni mahal lah sikit harganya..Yg kite beli ni 1 batang dlm rm2.30..Harga /100gram 0.69




Ni tdi br beli esok nk buat bekfes nasi lemak..1 je beli..
cmpr timon lain..bankrap tokeh klu beli byk2....ekekeee

Ni lah die..warna die hijau pekat..pastu panjang..
yg biasa kontot..hehee

Ni dalam die..nmpk mcm timOn biase je kn..hihii

## ape saje si wani ni..timOn pon nk buat tajuk..hahaaa...bio lah..atleast org tau..mn2 yg x tau tu..hehee
Bye-Bye..ekekekeee

Kenapa Kita Diuji ?


...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian.
Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.
Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.
Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.