Monday 10 December 2012

Anda Bertanya Al-Quran menjawab

Mindset ketika menghadapi ujian hidup:

Tertatap terus mata ni pada Status yg di postkn di FB 1001 Sirah Nabi Muhammad
Lalu aku buat satu entry utk blog aku..khas utk rakan2 yg selalu mempersoalkn hal ini,dan utk memperingat kan diriku juga..

Inilah pertanyaan yg sering kita persoalkan apabila ditimpa musibah.."kenapa sebarat ni ujian yg aku dapat?".."Frust betol lah,hishhh".."mcm mn aku nak hadapi semua ni?"..ssh betol lah bila ada masalah".. "sampai aku tak tertanggung"...
Inilah rungutan2 yg sering kita lafazkan..ingat ! DIA tak beri kita musibah/ujian tanpa jaln penyelesaian nya sekali..DiA tak memberi tanpa kesanggupan seseorang itu..DIA maha adil..maha pengasih..maha penyanyang..

1. Kenapa ujian seberat ini ?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)

2. Rasa frust?

“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.”
(Surah Al-Imran: Ayat 139)

3. Bagaimana harus aku menghadapinya?

“dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang kusyuk.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 45)

4. Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

5. Tidak! Aku dah tak dapat bertahan!!

“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kufur”
(Surah Yusuf: Ayat 87)


Friday 23 November 2012

Bersamamu semasa sakit dan sihat



Seorang rakan fb ade share satu artikel ni..tentang topik ni dlm Group Lupus..
"kesejahteraan keluarga mengenai bagaimana kita sebagai pasangan yang sudah berkahwin, baru berkahwin dan yang masih single , membuat persediaan dan menghadapi kehidupan berumahtangga"..
Tertarik utk membacanya..Jom baca..




Mendapat Kejutan

Helloooooo..geng..4 hari lepas,terkejut gak dgr berita ni..my friend dh menjalinkan ikatan permulaan..bg meneruskan niat mereka..mcm x percaya..hehee..tpi..tu sume Allah yg aturkn nya kn..tiada yg mustahil...
kita sebagai hamba Allah hanya merancang..DIA yg menentukan..


Ktanya "Cinta Muka Bulu" kihkihh..bulu pon bululah..smoga korang bahgia,my fren..
Bercinta 7 hari..
14 hari kemudian bertanya..
Dlm ms 5 hari si lelaki ni berfikir.."x baik berkenalan special dri seorang perempuan kalau x ada niat nak kawen." (ni copy paste dr ayat si lelaki)
Dan 21 hari kemudian bertunang..

so,x treme kn..hehee
dgr kisah diorng ni agak sweet jugaklah..smpi ak rasa tersentuh hati dgn kata2 ni...
"setiap pasangan yang miskin dan sakit apabila ia berkahwin pasti ada rezeki untuk nya.
percaya la."
[["setiap pasangan yang miskin itu adalah dari Hadis Sohih Bukhari."
dan tambahan setiap pasangan yang sakit itu dari Hadis Sohhih Muslim (ijma ulama)."
setiap benda ada rezekinya walaupun anjing kurap dan seorang pelacur. itu janji Allah SWT.
Tugas kita betulkan niat...Jom]]

"segala urusan sakit dia..adalah urusan saya"kata si lelaki..
(walaupon keduanya sakit)
"Yg penting care each other" awk jg saya..saya jg awak"..
Sesungguhnya mmg ssh nk cr yg mcm ni..x semua sanggup..walaupon pd mulut berkata..tpi..hurmmm

Ntah lah..Jodoh..pertemuan..ajal..maut..itu semua ketentuanNYA kn..Aku percaya..& aku redha..

Sunday 18 November 2012

Kisah Katak Dan Siput



Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab: “Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan bisa melompat ke sana ke mari, Tapi saya mesti membawa cangkang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih.”

Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak).”

Dan seketika, ada seekor elang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukan badannya ke dalam cangkang, sedangkan katak dimangsa oleh elang.

Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Lebih baik pikirkanlah apa yang kita miliki. Hal tersebut akan membawakan lebih banyak rasa syukur dan kebahagiaan bagi kita sendiri.

(copy paste dr seorang hamba Allah)


Tersenyum lah Wahai Diri


"TERSENYUMLAH WAHAI DIRI"


Kesedihan itu takkan abadi...
Roda kehidupan selalu berputar...
Ada kalanya bahagia terasa...
Ada kalanya sedih merintih dan juga air mata...
Tapi tahukah anda?

Ada DIA yang selalu menatapmu lembut...
DIA tahu yang terbaik untukmu...
DIA memberi apa yang engkau perlukan...
Bukan selalu menuruti apa yang engkau inginkan...

Semua yang terjadi juga karena kehendak-Nya...
Semua yang berjalan sesuai rencana-Nya...

Jadi untuk apa engkau resah atas sesuatu yang belum pasti?
Bukankah janji-Nya itu pasti?
DIA Allah yang Maha Mengetahui...

DIA yang maha memberi...
DIA akan memberikan kepadamu segala apa yang engkau mohonkan kepada-Nya...

Ketahuilah...
Jika engkau menghitung nikmat Allah...
Niscaya engkau tak akan pernah mampu menghitungnya...
Maka Bersyukurlah...

Hidup terus berjalan meski kadang kenyataan tak seperti yang diinginkan...
Yang dicintai kadang pergi...
Yang didambakan kadang menghilang...
Maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya...
Niscaya Dia akan mengerti perasaanmu...

Ini sebagian ujian dari-Nya...
Dia takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya...

Bukankah manusia itu memang diuji untuk mengetahui sejauh mana yang paling bertaqwa kepada-Nya?
Maka tetaplah Istiqamah!

Masih banyak di luar sana saudara-saudara kita yang jauh lebih sakit dan menderita...
Selalu ada hikmah di balik kejadian...
Selalu ada kemudahan setelah kesulitan...
Semua pasti indah pada waktunya...
Itu adalah janji-Nya...

Maka tersenyumlah wahai diri... ^_^



Thursday 15 November 2012

Si gadis JULAI..

oh..yeahhh..hahaaa

Belek2 blog..jumpa lak ni..Rahsia Bulan Kelahiran..
x tau la btl ke tidak..mari kita lihat..ni copy paste dr SINI
nk usha2 boleh..kihkihhh

Bulan Kelahiran saya JULAI..hehee = sblh tu respon dr gadis JULAI ni..hahaa :P


My zodiac is LEO..leo singa rite..singa garang kn..sy pon garang..tpi bersebab la..
sbnrnya penyanyang..uhuuuhuu
TOP 10 REASONS YOUR A LEO!

  • Sangat seronok didamping = (tu kena tny orglah..hahaa)
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki = (rasa mcm btl..huhuu)
  • Agak pendiam kecuali diransang = (sgt betul..ki3)
  • Ada harga dan maruah diri = (sume org ade harga & maruah diri pe..nonsense je..hahaa)
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan = (btl3..hihii)
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus = (btl jugak,tpi jgn ambil kesempatan..hahaa)
  • Sangat menjaga hati orang lain = ( btl jugak)
  • Sangat peramah = (bila d'ransang,mcm mulut murai..wakakaa)
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya = (btl,emosi sgt memainkn peranan..hahaa)
  • Berjiwa sentimental = ( x jugak..kkdang2 giler2)
  • jarang berdendam = (x reti nk dendam2 ni..klu terjadi sekalipon kejap je..pastu dh lupa..ekekee)
  • mudah memaafkan tapi sukar melupakan = (btl..hehee)
  • tidak suka benda remeh-temeh = (tersgt btl..buang masa je)
  • membimbing cara fizikal dan mental = (no komen)
  • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang = (itu sifat semulajadi..hahaa)
  • layanan yg serupa dgn semua orang = (x pasti..ask other people..kehkehh)
  • tinggi daya simpati = (itu mmg x dpt nk d'elakkn..tggi beno rasa simpatinya)
  • pemerhatian yg tajam = ( pki spec tajam la kot..hahaa)
  • suka menilai org lain dgn pemerhatian = (btl..mmg x d'nafikn..tpi apa yg ku nilai,sumenya benar,setakat ni la..hahahaa :P)
  • mudah dan rajin belajar = (ya..ofcoz..hehee)
  • suka muhasabah diri = (kkdang..kihkihh)
  • suka megenangkan peristiwa atau kawam lama = (ya..kenangan yg x dpt d'lupakn)
  • suka mendiamkan diri = ( Ya..ikut mood)
  • suka duduk dirumah = (btl jugak..hihii)
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan = (Yes..cr pon,,klu xnk kawan,x ikhlas buat pe..biar kwn yg cr kita..huhuu..klu putus kwn pon..ko yg nk kn ngan ak..hahaa) xdelah..gurau je..hihii
  • tak agresif kecuali terpaksa = ( xtau..hihii)
  • lemah dari segi kesihatan perut = (Perut saya apepon blh telan..muahahaa)
  • mudah gemuk kawal tak kawal diet = (Yg ini paling btl..hahaa..mkn byk sikit je,mulalah naik..uhuuhuu)
  • minta disayangi = (sayangilah saya..penat tau saya syg org..hahaa,mcm x dihargai je rasa)
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih= (mudah terlika hati tu kkdang..tapi lmbt pulih tu x rasanya)
  • terlalu mengambil berat= (Yes)
  • rajin dalam membuat kerja = (Yes..buat keje smpi x igt..awk tu x sihat sgt..pastu sendri yg pengsan..hahaa)
**SESAJE JE BUAT NI..XDE KEJE..EKEKEEKEE..HAVE FUN BACA2 ABOUT UR ZODIAC..DADAAA




Wednesday 7 November 2012

BeRsIN..Hakkkcuummm!

Kenapa kita bersin? Apa manfaat bersin? Jangan tahan bersin!!!


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hakkkcuummm!!

--> Banyak orang yang menganggap bersin sebagai hal yang biasa2 je. Memang akan terjadi tiba2 je..Padahal, faktanya bersin merupakan suatu mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. kuman, virus, debu, atau benda asing lain masuk ke hidung. maka saluran pernafasan akan mengeluarkan lendir atau menghalangi virus sehingga tubuh terlindung daripada penyakit. melalui bersin...

--> Bersin merupakan respon tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mendeteksi adanya bakteri dan kelebihan cairan yang masuk ke dalam hidung, sehingga secara otomatis tubuh akan menolak bakteri itu.

--> Ketika bersin jantung akan berhenti berdenyut.  Setelah selesai bersin maka jantung akan kembali lagi berdenyut. Agama Islam menyuruh kita ucap “Alhamdulillah” yang artinya “Segala Puji bagi Allah”, karena jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya.

--> Jangan Tahan bersin,ini menyebabkan kuman dan benda asing tertahan dalam tubuh, Selain itu,terjadinya pecah gendang telinga, kehilangan pendengaran, Pembengkakan wajah sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Sebab, saluran hidung dan mulut yang menjadi sarana keluaran bersin berhubungan juga dengan telinga. 

kenapa bila bersin kita tutup mata??? Cuba buka mata..hahaaa

Ini kerana ..Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga ketika kita bersin, maka secara automatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak dimasuki oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.
Selain itu, ketika kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegup untuk seketika . Setelah selesai bersin maka jantung akan berdegup kembali.
Oleh kerana itu, dalam agama Islam, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Tuhan iaitu "Alhamdulillah" yang bererti "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya, setelah terhenti sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi....

Bersin pon ada adab tau..hehee

Apabila kita bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah”, sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.

Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan “Afakallah” (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah”.

**Tpi klu an da bersin lebih dr 3 kali..dan berkali-kali..bermakna anda nk dijangkiti selsema..sila berjumpa doktor..hehehee




Saturday 3 November 2012

Tanggungjawab Terhadap Haiwan

Kucing harus disayangi bukan dizalimi - 
Tanggungjawab terhadap haiwan

1001 Kemusykilan
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)

SOALAN: Saya seorang wanita yang sangat sukakan haiwan jinak. Saya memelihara enam ekor kucing dan mengambil berat tentang penjagaan mereka. Beberapa minggu lalu, saya terpaksa menyerahkan kucing-kucing saya kepada jiran di sebelah rumah, kerana saya ke luar negara, malangnya jiran saya tidak begitu mengambil berat tentang kucing-kucing itu, menyebabkan ia mati dilanggar kereta dan ada juga yang sakit kerana dikhianati orang yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya ialah:

1. Adakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan disoal di akhirat nanti, kerana kezaliman yang dilakukan terhadap kucing-kucing peliharaan?

2. Adakah saya akan bertemu kembali dengan kucing-kucing kesayangan saya itu ketika ia menuntut bela ke atas pihak-pihak yang berlaku zalim terhadapnya.

3. Di manakah letaknya roh-roh kucing, selepas mati. - NORIFAH, Triang, Pahang.

JAWAPAN: Sebelum menjawab soalan puan, lebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas tabiat puan Norifah yang menyayangi haiwan jinak itu. Tabiat ini sangat baik dan patut dipuji, kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, jangan keterlaluan sehingga menyayangi kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.

Sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.

Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh. Sikap ini juga pada hemat saya suatu keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.

Kembali kepada soalan yang dikemukakan di atas, saya meneliti jawapannya dari dua aspek iaitu bertanggungjawab terhadap haiwan di dunia dan nasib mereka di akhirat.

Pertama. Tanggungjawab terhadap haiwan. Manusia hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan, terutama yang di bawah kawalannya. Jika haiwan itu merupakan peliharaan anda, berilah kepadanya makan minum secukupnya, jagalah kepentingan hidupnya dengan penuh tanggungjawab. Jika haiwan itu mendatangkan bahaya kepada keselamatan manusia, maka hendaklah dibunuh sebelum ia membunuh manusia, tetapi hendaklah dengan tertib dan terhormat.

Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.

Dalam sebuah hadis yang juga riwayat Bukhari bilangan 3208, rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu. Kita mungkin bertanya, bukankah anjing itu najis mughallazah (berat). Sentuhannya mewajibkan basuh tujuh kali menurut mazhab Syafie, salah satu daripadanya hendaklah dengan air tanah.

Masalah yang berbangkit dalam hadis di atas bukan soal najis atau tidak najisnya anjing, tetapi simpati dan sikap perikemanusiaan terhadap haiwan itu. Islam adalah agama rahmah dan kasih sayang terhadap semua makhluk, sama ada haiwan atau manusia, muslim atau kafir.

Kucing dan anjing adalah haiwan jinak, berbuat baik kepadanya menyebabkan terhapusnya karat-karat dosa yang degil, lalu ditempatkan seseorang itu di syurga. Berlaku zalim terhadapnya pula suatu dosa yang memungkinkan seseorang dimasukkan ke neraka. Syurga dan neraka bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan jawapan mahu atau tidak, tetapi suatu pembalasan berdasarkan dosa dan pahala.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Hadis-hadis ini dengan sendirinya menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Richard Martin dari Britain yang menubuhkan Persatuan Antikezaliman Terhadap Haiwan pada tahun 1824M, merupakan yang pertama di dunia membela haiwan. Dakwaan ini tidak tepat, kerana nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1422 tahun yang lalu telah membela haiwan. Jangka masa itu jauh mendahului tokoh dari Britain yang diagungkan itu.

Menyayangi binatang adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul (lengkap). Justeru, kita tidak terkejut jika ada kajian mengesahkan hasil-hasil positif daripada tabiat ini. Sebagai contoh, suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing dan anjing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Islam menerima pemeliharaan kucing, tetapi menolak anjing kerana najis.

Perlu juga disebutkan, dalam hadis-hadis sahih menyebutkan beberapa jenis haiwan yang harus dibunuh, kerana tabiatnya mengancam kehidupan manusia, seperti anjing gila, ular berbisa, tikus, gagak dan sebagainya. Binatang-binatang liar seperti harimau, gajah dan sebagainya juga harus dibunuh, jika ada tanda-tanda mereka mengancam nyawa manusia. Jangan tunggu sehingga ia lebih dahulu membaham manusia.

Kedua. Nasib haiwan di akhirat. Tentang nasib haiwan di akhirat, sama ada akan dibangkit semula atau tidak. Ulama mempunyai dua pandangan berikut:

1. Semua haiwan akan dibangkit semula di akhirat. Tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada hubungan dengan manusia atau sesama haiwan, termasuk pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya oleh pihak-pihak yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Pendapat ini diperkukuhkan dengan beberapa ayat al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah ketika binatang-binatang liar dikumpulkan (al-Takwir: 5).

Menurut pandangan ini, pengumpulan yang dimaksudkan ialah pengumpulan di akhirat bersama-sama manusia, untuk dihisab hak-haknya yang dizalimi dan diambil tindakan sewajarnya mengikut keadilan Allah. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah hadis riwayat Muslim bilangan 4679 yang bermaksud:

``Sesungguhnya setiap hak akan disempurnakan pada hari kiamat, hinggakan kambing bertanduk akan diserah kepada kambing tanpa tanduk untuk dibalas tandukannya. Maksudnya, kambing tanpa tanduk selalu dizalimi oleh kambing bertanduk. Kezaliman ini akan diselesaikan di mahsyar (tempat perhimpunan) di akhirat melalui pembalasan.

Ada juga orang membuat hujah dengan haiwan korban yang dibangkit semula, lalu menjadi kenderaan kepada tuan punya korban. Dikatakan jika haiwan itu gemuk dan bertenaga lebih, nescaya mampu mengangkut tuan punya korban ke syurga. Sebaliknya jika kurus akan terhentilah haiwan dan tuan punyanya di separuh jalan.

2. Haiwan tidak akan dibangkit lagi pada hari akhirat, kerana ia bukan ahli yang memikul dosa dan pahala, tidak disediakan bagi haiwan sama ada syurga atau neraka. Pembalasan hanya berlaku apabila adanya taklif (pembebanan tanggungjawab) seperti terhadap manusia dan jin. Haiwan tidak pernah ditaklifkan dengan sebarang beban tugas. Oleh itu ia tidak dibangkit lagi selepas mati.

Saya lebih cenderung kepada pendapat kedua ini, kerana tiada dalil yang kukuh menyatakan haiwan dibangkit dan akan menerima pembalasan. Hujah yang diberi kumpulan pertama boleh dijawab berbagai-bagai jawapan, misalnya:

Ayat 5 surah al-Takwir yang menyatakan semua binatang liar dikumpul. Maksud pengumpulan ini ialah perubahan tabiat daripada hidup liar dan berlari-lari memburu mangsa dari sana-sini kepada hidup berkumpul kerana takutkan huru-hara kiamat yang sedang berlaku. Ayat-ayat pertama surah al-Takwir ini pada hakikatnya tidak membicarakan suasana pada hari kiamat, tetapi membicarakan suasana sebelum kiamat berlaku.

Hadis yang menyatakan kambing tanpa tanduk diberi peluang menanduk kambing-kambing yang pernah menanduknya di dunia, tidak juga jelas menunjukkan kebangkitan semua haiwan di akhirat, kerana ungkapan ini menurut sesetenah pengulas hadis adalah menyatakan keadilan Ilahi yang membalas semua kezaliman yang berlaku semasa di dunia, iaitu sebelum masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka.

Hadis yang menyatakan haiwan korban menjadi tunggangan tuan punya korban ke syurga, hendaklah difahami keterangan ini sebagai simbolik. Kenderaan di akhirat tidak boleh disamakan dengan kenderaan di dunia, tambahan pula kenderaan di duniapun tidak lagi memakai kereta lembu dan kereta kuda.

**Sebagai kesimpulan, memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.

(Utusan Malaysia-6/1/2002)  

Sape yg zalim pd aku,aku tembak die pki M16..hahaaa
jahat x..jahat x..kahkhakahhh

Usrah-Istimewanya kucing


Thursday 1 November 2012

Japan Cucumber

Sure ramai lg yg x tau kn tentang timOn JepOn..hehee
Yg dh tau tu bgsla..bermakna anda suka makan timOn..hahahaaaa :P
Aku pon suke mkn timOn..klu xde sayur..amik timOn buat ulam..kih3
TimOn ni sedap..lain dr timOn yg lain..kalau kita kunyah tu rangup..kihkihh
X Tau lah nape name die timOn jepOn..mayb dr JepOn kot..hahaaa
Ohh Ya..lg satu..timOn ni la yg selalu org buat sushi tu..klu nk masam..nnt dijerukkn..
(ala yg selalau ade dlm burger tu..timon yg masam tu..hihii)Ape org pggl PICKLE..hehh..hehh..
(aku pggl timOn masam je)..timOn lain pon blh gak buat PICKLE rasanya..

Tapi timOn ni mahal lah sikit harganya..Yg kite beli ni 1 batang dlm rm2.30..Harga /100gram 0.69




Ni tdi br beli esok nk buat bekfes nasi lemak..1 je beli..
cmpr timon lain..bankrap tokeh klu beli byk2....ekekeee

Ni lah die..warna die hijau pekat..pastu panjang..
yg biasa kontot..hehee

Ni dalam die..nmpk mcm timOn biase je kn..hihii

## ape saje si wani ni..timOn pon nk buat tajuk..hahaaa...bio lah..atleast org tau..mn2 yg x tau tu..hehee
Bye-Bye..ekekekeee

Kenapa Kita Diuji ?


...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian.
Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.
Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.
Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.




Sunday 28 October 2012

Buah Pinggang Kita


Buah pinggang adalah organ berbentuk kacang lima, setiap orang ada dua buah pinggang dan berat setiap satu kira-kira 150 gram.
Haaa..nilah buah pinggang kita..kecik je kn..mcm kacang merah je..hihiii
walaupon kecik..ianya sgt penting..


Ni posisi buah pinggang kita dlm bdn..
sume mesti igt posisi die same je kn..hihii (termasuk aku)

Dalam buah pinggang yang kecil ini berlaku proses penapisan darah untuk membuang semua bahan toksin melalui air kencing. Darah bersih akan dialirkan balik ke dalam badan.Bagi buah pinggang yang normal,terdapat sejenis penapis halus yang dipanggil glomeruli yang mana ianya berfungsi untuk menghalang albumin,iaitu sejenis protin,daripada keluar ke dalam air kencing.



Terjadinya kerosakkan buahpinggang/keradangan ini kerana glomeruli atau penapis halus tadi telah pun rosak atau berlaku kebocoran.

Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.

Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah.

Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak sepenuhnya.

Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi). Selain itu, penyakit darah yang merosakkan bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga boleh menyebabkan kegagalan ginjal.

Tanda kerosakan buah pinggang ,Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:

* Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.

* Air kencing bercampur darah.

* Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.

* Sakit belakang.

* Kerap buang air kecil pada tengah malam.

* Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki /bengkak pd mn2 bahagian anggota tubuh bdn.

* Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.

* Menjadi lemah atau berasa tidak bermaya yang melampau.

*Rasa loya & muntah2 dgn kerap,tanpa ada sebab yg lain.

Semua tanda di atas timbul berikutan buah pinggang tidak lagi mampu menyingkirkan bahan toksik dalam darah.Bahan toksik ini lama kelamaan meracuni tubuh pesakit dan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Diagnosis

1. Air kencing Dipstick – Tahap kandungan protin yang tinggi di dalam air kencing mungkin disebabkan oleh penyakit neprotic syndrom.

2. Air kencing 24 jam – Air kencing akan disukat selama 24 jam yang mana ianya bertujuan untuk mengira jumlah protin secara lebih tepat.

3. Darah – Penyakit neprotic syndrom akan menyebabkan kandungan protin rendah di dalam darah dan lemak akan tinggi.Kiraan kriatinin dan urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu.

4. Biopsi – Kaedah ini iaitu di mana sedikit sampel buah pinggang diambil dengan menggunakan jarum khas.Ianya adalah untuk menentukan jenis-jenis neprotic syndrom.Cara ini sangat penting untuk dilakukan kerana neprotic syndrom diperingkat minima boleh diubati dan mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat cerah.

Rawatan

1. Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.

2. Protin albumin akan diberikan untuk meningkatkan kandungan albumin di dalam darah dan ianya akan diberikan dalam kes-kes tertentu.Pada kebiasaannya ia tidak akan diberi.

3. Sekiranya badan dan muka mengalami kebengkakan atau Edema yang boleh mengancam nyawa,maka akan diberikan sejenis ubat kencing iaitu Frusimide.

4. Ubat antibiotik akan diberikan kepada pesakit sekiranya terdapat sebarang jangkitan.

5. Diet – Pengambilan garam bagi pesakit neprotic syndrom sangat perlu untuk dikawal.Selain itu pengambilan air juga perlu dikawal terutamanya ketika mengalami edema.Sekiranya dalam keadaan biasa,air tidak perlu dikawal secara keterlaluan.Dan pengambilan protin serta kalori yang baik sangat penting bagi pengidap neprotic syndrom.

- Diambil dari laman info kesihatan -   


Friday 19 October 2012

Simpan Ubat : 13 Panduan Penting !

Mungkin ramai yg ambil mudah mengenai hal ini..tetapi ianya sangat penting bg tidak tersalah mkn ubt / makan ubt yg sudah luput tarikhnya / Yang nama ubtnya sudah hilang..dan pelbagai lg..ku akui..aku seorng yg sgt peka & tidak ambil mudah dlm sesuatu perkara..tetapi klu anda tidak..jom kita lihat panduan penyimpanan ubt yg betul ---->




┣▇▇▇═─ Jgn sesekali menyimpan ubt d'tmpt yg mudah d'lihat / d'capai oleh kanak2 : ubt yg pelbagai warna & bentuk meransang knk2 utk mengambilnya dan ini yg menyebabkn terjadinya kes knk2 tertelan ubt.

┣▇▇▇═─ Simpan ubt kecemasan d'tmpt yg mudah d'cari : Elak letak ubt anda d'tmpt yg tersembunyi & sukar d'ingati(simpam tempat yg biasa).Jika berlaku kecemasan,x lah tergopoh-gapah & buang masa mencari!

┣▇▇▇═─ Simpan ubt dalam kabinet atau laci : dah simpan tu kunci lah,supaya x mudah d'ambil oleh knk2..dan org yg nk dengki kita..supaya x slh mkn ubt..hahahaa (byk tgk drama ni)


┣▇▇▇═─ Pastikan ubt yg d'simpan dlm bekas yg d'labelkn : Kestabilan ubt2 tertentu akn terjejas apabila d'smpn dlm bekas lain (selain yg d'khaskn utk ubt tersebut).Label penting supaya maklumat tentang pengambilan ubt tdk hilang.

┣▇▇▇═─ Elak simpan ubt d'tmpt yg bersuhu tinggi dan terdedah pada cahaya 

┣▇▇▇═─ Jangan simpan ubt d'tmpt yg basah : seperti bilik mndi..berhampirn singki(tmpt cuci pinggan)..kepanasan  & kelembapan yg bertukar ganti blh menjejaskn kualiti ubt dan m'nyebabkn ia rosak dan berkulat..melainkn ianya tersimpan dlm kabinet.

┣▇▇▇═─ Jika berlaku kecemasan pd waktu tidur,dan diserang sakit ketika tidur,simpan ubt d'tepi katil ats meja anda..

┣▇▇▇═─ Jgn ambil ubt dalam keadaan gelap : pastikan terang dan anda jelas melihat ubt itu..kerana takut2 tersalah ambil ubt..

┣▇▇▇═─ Tidak digalakkn mencampurkan beberapa jenis ubt yg berlainan dlm satu bekas yg sama : anda akn menghadapi masalah utk mengecam ubt bila berlaku nya kecemasan.Keberkesanan ubt juga mungkin terjejas d'sebabkn kesan tindak balas sesamanya.

┣▇▇▇═─ Ubat makan harus d'asingkn drpd ubat sapu (krim.minyak angin dan losen)

┣▇▇▇═─ Ubt utk diri sendiri harus d'smpn berasingan.Jgn letak ubt anda bersama ubt org lain : Terutamanya jika anda mempunyai sebarang penyakit tertentu.

┣▇▇▇═─ Jgn simpan ubt cecair dalam peti sejuk hingga membeku : Disimpan haruslah d'asingkn drpd makanan dan minuman.Letak ubt dlm satu plastik yg berasingan atau d'tmpat khas dlm peti sejuk.

┣▇▇▇═─ Ada sesetengah ubt tidak sesuai d'smpn dlm peti sejuk : Dptkn nasihat dr doc terlebih dahulu.




## Sumber ini diambil dari Majalah Rapi##





Tuesday 16 October 2012

:: Azam Untuk Turunkn Berat Badan ::

Rasanya dr thn 2 3 thn lepas azam ni..tpi x berjaya jugak..huhuu..hampehh
At last..thn ni ak berjaya turun kn berat..start dr akhir thn 2011..dh mula nmpk perubahan..hehee
setiap 3 bln p cek up je..turun 2/3 kg..syukur..lg pon mmg doc srh turunkn pon berat tu..x bgskn klu berat berlebihan..lg senang mendatangkn penyakit..

Akhir2 ni..rmi gak yg tegur..kwn2 mak.."Eh.wanie dh nmpk kurus skit,wanie kurus nmpk tggi skit" tggi skit..hahaa..kwn adk pon ckp "kak wanie dh kurus skit" huhuu..btl la tu gaknye,nmpk berubah..hehee..syukur..tercapai juga impian nk trn kn berat..wah impian tu..hahahahaa..bkn pe "frust" x dpt cr bj..wahahahahh..:P..dlu senang je free size pon blh..

Mmg x sangka ada perubahan thn ni..dr berat ak nk mencecah ke 70 kg..sepanjang 13 thn sakit ni..tu lah tahap maksimum berat ku..huhuu...smpi lah skrg dh 54 kg..hoyeee!
Start dr bln 6/2011> 67kg...9/2011>64kg...12/2011>61kg...
Bln 3/2012>58kg...6/2012>56kg...& NOW 9/2012>54kg..Tpi ni pon nk kena trn lg..klu blh nk smpi 45kg..berat sblm aku sakit..hihiii.."klu blh la" sy kecik je orgnya..dlu lah..& x lh tggi sgt..146 jek..heekkk..
dh mkn pred ni membesar lak..hihii..mcm x sesuai nmpk..hikhikkk..
Ramai jgk bdk grup Loopies yg tny..camne? ape petua? hahahaa..no petua2 lah dik non..kak non..hihii
xde ape..control je mkn tu..


Mcm biasa bg pesakit SLE kita ni kn mkn ubt peransang makan(prednesilone)hahaa..dh tentulah kuat mkn..x blh nk elak dh..cuma..klu ubt pred dh kurang tu,senang sikit lah nk control makan..nafsu mkn pon x lah membuak2 sgt..mmg btl..sjk pred dh 1 biji ni(dh 3 thn)..selera mkn kurang..& klu mkn kt luar pon selalu x terhabis..selamat ade yg tukang habiskn..adk & ayh saya lah..ekekeee
Dan amik masa gak nk berat kurang ni..bkn cepat ooiii..tpi kena lah kuat semangat melawan onah2 tu ye..
tpi x tau lah mn yg kaki mkn tu..hihii..ok lah bg la sikit tips eh..huhuu..nk kata tips pon bkn gak sbnrnya..
  1. Kawal pemakanan anda..bila makan tu jgn tgk sume sedap..sume d'balunnya byk2..ki3..klu thn try amik nasi tu 1 senduk je..hehee(klu blh la) tu petua kak Ziana tau,jgn x tau..hikhikk..tpi ak makan beras taj mahal..makan 2 senduk pon lapar..hahaa..tpi beras tu bgs..x menggemukkn..coz kurang kanji..
  2. Lepas makan jgn minum air sejuk/ais..kerana bila mkn kan proses penghadaman berlaku..die membakar..jd klu minum yg sejuk..x bakar lah lelemak kt peyut tu..so..minum air suam..lg baik lah..(ni petu kwn,sbb terkejut tgk die dh kurus& peyot x muncit..kihkihh)
  3. Dan klu blh mlm jgn mkn yg berat2..mkn sup..buah2an dh ok..
  4. Makan sblm jam 8 mlm..
  5. Jgn terlalu kerap mkn fast food dan benda2 yg byk MSG..kerana itu punca kegemukkn..
  6. excercise lah kluarkn peluh2..toksid2 dlm bdn tu..mkn dh la mcm2 kn..huhuu..ak x blh nk b'xcercise sgt..silap2 tergeliat hip ni kang..hahaa..so ak buat kerja yg mengeluarkn peluh..x kiralah..apepon..asal peluh tu kluar..dan lelemak pon terbakar lah..
  7. Dan satu lg yg KESABARAN TU PENTING..hahaa
Byknya petua ko wanie..hahahaa..tpi klu kita biasa amlkn sume ni..x rasa ianya sbgi petua..malah sbgi rutin harian kita yg biasa..:)
Tuntutan azam yg kita nk capai mesti ada perubahan sikap pd diri sendiri ok! bg aku Menjaga Kesihatan Bermula Dengan Mengurangkn Berat Badan . Malah ia mengurangkn kebarangkalian utk pembedahan jantung,lebih selesa bila berat berkurangan..nak bernafas pon senang..nak lakukan perintah Allah,tentu x menyisakn kn..hihii..Bak kata org Nak Seribu Daya kn..Ya.. mmg ade sesetgh org ckp.."Biarlh gemuk asal sihat..senang hati" ak pon dlu beranggapn begitu..Tpi..lbh baikkn krangkn sikit berat tu..utk mengelakkn risiko2 yg mendatang..& nk cr bj pon senang..hihiii

So..mulai hari ni control pemakanan anda! klu tgk ni nk..tgk tu nk..tgk tu teringin..tgk ni teringin..bilanya nk jaga ooii..bkn x pnh mkn kn makanan tu..tu sume NAFSU..ya..nafsu makan..x yg blh d'bendung..kihkihh
Makan lah secara sihat..jangan mengikut nafsu..ye..


Ni panduan utk berat yg ideal bg wanaita & lelaki..hehee


Monday 8 October 2012

Pantau Sendiri..Perlu Or Tak? Terpulang..:)

Sejak sakit ni dh macam doc pelatih..hahaa..xdelah..saje je..asal aku ckp mcm tu..sbb nya BP test..Sugar test..Temometer..Urin test..sume ko nk ade kn wanie!Huhuu..Bkn pe..just for my self gak..pantau sendiri dr rumah..bkn maksudnya x pyh jmpe doc ye..atleast kita tahu..bagaimana keadaan diri kita..Mcm demam..setakat pegang dgn tangan..mn nk tau brape suhu..tggi ke tak kn..huhuu..

Pening kepala.."mesti drh naik ni"..brape naik nye..hahaa..klu ade kan senang..pastu p lak cek kt doc..puas hati...jiran2 nk cek BP..blh je free of charge je servis aku..hehee..klu nk cek gula dlm drh tu kena la amik skit upah ye..bknnye free nk beli jarum,alcohol swabs,yg strips drh (hentam je nama) tu sume..urin test tu..ermm bg aku mmg perlu..coz i'm sle wit LN..penting utk cek protien dln urin..ade lg baik. xde pon..last2 pon korang p klinik/hsptl gak kn..

Yg ni present dr arwah atok s'pore ms mula2 sakit..hehee(dpt tau skt pon dpt hadiah tau..kih3)
tq..atok..smpi skrg wanie still guna benda ni..tahan..cuma beteri je tukar..

Yg ni x tau nape beli..wakakaaa..ayah tau jela kn..huhuu
kkdang guna gak..tkt kena diabetis..pantau2..hekhekk

Yg ni pon kena /wajib beli..sbb dlu asyik demam je..x mhl sgt pon ni..so x rugi pon beli..
smpi p msk wad pon bwk sendri punya..hahaaa..nurse kt HSA tu ok je..dh kenal..huhuu


Ni strips test..for protien,glucose & ph urin kita..tpi aku tgk yg protien je..


Ni kotak luar die..


Ni la strips nye..pee dlm apa2 bekas yg x guna..pastikn bersih..pastu celop..angkat..hahaa
then nmpk lah hasil nya..


Yg ni buat tuam2 je..mls nk guna kain..perah2..pki je ni..isi air pns or air sejuk/ais..utk nk tuam
senang je..bukak ttp tu..then isi air panas dlm tu..then ttp blk ketat2 ye..
klu amik drh je guna ni..nnt lebam kn..tpi kkdang x guna gak..mak yg guna..buat
letak kt blakang bdn..time fisioterapi..

##Terpulang tu je..x perlu ckp byk..klu xnk pon..huhuuu##

Thursday 27 September 2012

Resepi : Kuih Getas..

1st time buat kuih getas ni..tu pon ayh yg suruh,sbb dia suka kuih ni (kuih febret)
pantang nmpk kuih ni..mesti nk beli..tpi kn manis..so buatkn yg xde sira gula..hehee
ayh mkn je.. :)
post kt fb..x sangka lak rmi yg minat kuih ni..siap mntk resipi lg u..kihkihhhh
igtkn x tau kuih apa..hahhaha
(mcm ak dlu)huhuuu..yelah ni kn kuih zaman dulu..biasa org dlu2 je tau..hehee
kuih ni mcm kenyal2 sikit..pastu manis sbb disira dgn gula..


Ni resepi kuih ni..try lah buat mn yg minat tu..sedap..hehee

Bhn nk buat kuih :

500 g tpg pulut,
1 biji kelapa parut muda,
2 cawan air,
1 sudu kecil garam,
*gaul sume tu smpi sebati..then goreng..

Bahan Sira Gula :

* 1 cwn gula pasir..
1/2 cawan air..
*masak gula & air tu dlm kuali smpi pekat..dh pekat,cmpr kuih tdi dlm gula..
gaul smpi die kering..pastu ttp api...hehee

## siap..senang kn..blh buat breakfast..minum petang pon boleh..##
p/s : jgn mkn selalu tau..nnt kena diabetis x tau..huhuuu

Tuesday 25 September 2012

Othopedik (AVN)

Semalam (24/9/12) appmnt klinik otho..mcm biasa dr segi keputusan doc..xde perubahan..doc ckp tggu pesakit dh mengadu sakit sgt,br blh buat operation..kena tggu stage 4..lg satu doc ckp ak ni muda lg klu nk buat operate tu..sbb nnt 15 thn akn dtg kena gnti lg..jangka masa implan tu bertahan adalah dlm 10-15 thn..
Semalm MO(pakar) aku xde..so doc bawahan yg cover..then dia terangkn pasal ni sekali lg..

Yg ni doc lukis..

Yg ni dr google..

Ni gambar tulang punggung kita..Bila mkn pred..mcm2 blh jd pd tulag kita..yg mcm aku punya ni..darah x sampai pd femural head kita tu(nmpk x yg bulat mcm tombol tu) tu d'ppgl head..bila drh x sampai ke situ..head tu akn mati & tiada oksigen..bila dh mati..dh xberfungsi lagi lah..Dan bila kita berjalan or lakukn aktiviti..head tu akn bergesel..bila ada pergeseran..maka head tu akn flat dr semasa ke semasa..Head ni drh dia dibekalkn dr femur tu(tgk gmbr)..x mcm neck..drh yg sampai blh dr mn2 arah..(tu yg doc ckp)

So bila head tu dh mati..maka jwbnya gnti dgn implan je lah..tukar baru..tau lah bila dh tukar..x sama kn dgn yg DIA beri pinjam pd kita..
Dan ni video operation THR (Total Hip Replacement)


THR (Total Hip Replacement)
Ngeri x??? Siap kena ketuk2 bagai tu..huhuhuuu..


## Doakn yg terbaik buat sy ye..smoga semuanya d'permudahkn ##

MRI HIP

Satu lg ujian yg dtg..akhir thn 2010 aku disahkn AVN (Avascular Necrosis)..
sakit tu dekat bahagian hip(punggung)..terasa skt sgt bila jalan..bila jln org akn perasan kaki aku lain..huhuu
bila dh sakit sgt..mkn ubt thn sakit pon x jln..last2 doc nephro srh buat x-ray..
lps tu bg kat klinik Otopedik(klinik tulang)..then buat appmnt lain..utk tca selanjutnya..
Doc Otho tgk x-ray tu..dia ckp x brapa nmpk..so kena buat MRI (Magnetic resonance imaging) pulak..doc ckp lg cpt lg bgs..
so aku pon buat mri kt Puteri Specialist..rm800 kena kau!termasuk ujian drh sekali..mmg doc srh buat..
x psl2 kluar duit simpanan..huhuu..tpi bg ak xpe..utk kebaikn..huhuu

Ok,dh buat MRI ni..doc tgk..ermm awk ni kena AVN..kanan stage 3 dan kiri stage 2..
yg kanan tu lah yg sakit..kiri x rsa skt pon..ni sume sebab kita mkn steroid..jangka ms lama..
"ptt la dh 11 thn kot ak,mkn predniselone" br la nk kena..hehee
ni keputusan MRI aku..


 

ok..nnt ak terangkn mcm mn AVN ni..

Thursday 20 September 2012

Terima Kasih Emak & Ayah


Jasa meraka tak terbalas..byk yang dah mereka korbankn utk aku..ketika aku terlantar sakit dahulu..Ketika kau dalam kesedihan..meratap,mengenangkn diri ini..yg pasti sudah tiada utk diharapkan lg bg mereka..ialah ank sulung la katakana..mesti mereka harap aku..tpi..xpe..wani ,akan cuba buat apa yg wani mampu utk mu sayangku,walaupon hanya sekadar menggembirakn hati mereka..

Seorang wanita yg bergelar Emak,Ibu,Mama,Ummi & mcm2 lg lah..Dia seorng yg kuat..kasih sygnya melebihi segalanya..doanya tiada hijab antara langit&bumi..kata2nya membuat ak lebih kuat utk tempuhi hidup yg br ni..dgn segala mcm masalah..sesungguhnya dialh ibu yg melahirkn aku..bertarung nyawa utk aku,melihat duniawi..

Igt suatu ketika dulu..time  sakit teruk..time masuk wad..dialah peneman..tgnnya yg mengusap kepala ini/menyentuh kulit ini,terasa ringan segala beban yg ditanggung..teringat kisah melucukan..mak sanggup tido kt wad,teman kn aku..x sanggup tgk mak tdo ddk..lalu aku pon srh mak tido sekatil ngan aku..Muat lah!hahaa..tido jelah mak..ktorng pon tdo sesame ats katil..tetiba,dtg Nurse..”Ni sape pesakit ni..bgn nk masuk ubat ni” hahaa..aku ckp lah”xpe lah mak kite tompang je..cian die” hehee..Nurse t upon senyum je..”Lah kn boleh beli kerusi malas tu,letak kt sebelah katil ni” hehee..”ok2”..

“Apabila terpejam nya mata seorang ibu,maka hilanglah satu keberkatan dari sisi allah s.w.t iaitu doa seorang ibu..”sesungguhnya itu lah yg paling aku takutkn..hilangnya seorang ibu..maka hilanglah tempat aku mengadu..tpi..tu lumrah,yg hidup pasti akn kembali pada penciptanya..”Sepanjang hayat wani,wani akn cuba yg terbaik utk menggembirakn hati mak..mendoakan mak” Byk dh pengorbanan yg mak buat utk wani..rasa tak terbalas..walaupon hingga akhir nafas ku ini..



Asyik cerita mak je..ayah xde pon..hehee..ayah pon ade jugak..ms aku sakit tugas ayah..bw aku ke hsptl..belikan apa yg aku nk makan..bawa barang2 yg berat tu,nk mengangkutnya ke hsptl..klu nk tau,aku klu masuk wad,segala benda nk dibawanya…hahaa..bantal pon bw sendri tau..huhuuu..igt pesan ayah”Tugas akak jg kesihatan..jgn smpi skt2 lagi..teruk ayh klu akk asyik sakit je..ayah nk cr duit pon tak senang nanti,ok..sayang” smbl gosok2 kepala ak..huhuu..terharu ayh pggl syg,ayh x penah ckp mcm tu,sbb ayh seorng yg tegas..time aku sakit,dia suke ckp mcm tu..kih3

Ckp psl tegas..masih terigt dlm otak ni..ketika aku tak nak buat biopsy kidney..bkn apa takut je..hahaa..ayah ckp camni”Akk klu nk jmpa ayh lg akk buat biopsy tu,klu tak..xnk sihat xpyh la buat” terus ayh pergi dr katil aku..borang dh sain..pesakit je yg degil..kui3..mak ooiii..sentap maknyah..hahaa..siapa x sentap ,ayh blh ckp mcm tu..last2 aku amik keputusan buat..hari tu jugak tau aku bg keputusan..lps dh buat tu..”Hah..xde ape2kn..x mati pon kn” sekali lagi..bisa tu..hahaa..jgn risau kak..ayah nk yg terbaik utk akk..ayah nk akk sihat..

Hahh..nk cite lg satu kejadian ni..kt wad jugak..ade patient sebelah katil,tak nak buat cuci buah pinggang,hari2 doc dtg kt katil die,tny nk buat tak..xnk jugak die buat..ank die on dh puas pujuk..petang tu ayah dtg lawat aku..ayh tny nape..aku cerita lah..apalg..die pegi kt katil sblh tu..ayh ckp la baik2..xnk jugak dgr..”U klu mati tuhan marah..tuhan x terima,sbb u xnk usaha..ada cara tapi nk buat..U klu xnk buat..ckp ngan doc sy xnk buat..apa2 hal sy tanggung sendiri..then blh discaj dr wad ni..byk lg pesakit nk ddk sini,diorng perlukan rawatan,dr nk tggu awk sain surat..tpi x sain2..”Huhuuu..Pt klu yg degil tu itu je ubat nya..gertak bg dia takut sikit..pastu pujuk la balik.."ckp kn ok tu" hehee..itu satu psikology..kih3
Pedas tak..huhuu..mmg pedas..siapa yg x kenal ayh mmg akn kata melampau..tpi aku tahu..hati dia ikhlas buat camtu..nk org tu sihat..fikiran tu buka..jgn terlalu fikirkn sgt..perubatan skrg dh canggih..x perlu takut..doc2 pakar pon byk..lg lah ko ddk kt bndr..Itulah ayha yg sentiasa member semangat dan kata2 yg pedas sbgi peransang..hehee..bg ak ok je..