Monday 1 April 2013

Biopsi buah pinggang (Renal Biopsy)

Ramai yg bertanya..tergerak hati nk berkongsi tentang topik BIOPSY KIDNEY....

13 tahun dulu biopsi dilakukan ke ats diriku,sbb doc tgk dari urin & darah mcm ada yg x kena (x normal),24 h urin protien dibuat,ternyata protien sgt tggi dalam urine & urine aku pon nmpak berdarah..then doc cadangkan utk lakukan kidney biopsy..

Biopsi buah pinggang ialah suatu prosuder di mana melibatkan pengumpulan potongan bahagian kecil buah pinggang, yang kebiasaannya melibatkan penggunaan jarum.Biasa orang panggil pengambilan sedikit tisu buah pinggang. Ujian biopsi ini sangat membantu dalam menemukan atau mengesahkan sesuatu diagnostik. Melakukan biopsi buah pinggang juga dapat membantu dalam memberikan rawatan yang terbaik. Doktor boleh mencadangkan kepada pesakit biopsi sekiranya:
  • terdapat darah dalam kandungan urin(hematuria).
  • berlebihan kandungan protin di dalam urin, dipanggil protinuria.
  • gangguan fungsi buah pinggang yang menyebabkan sisa-sisa yang tidak diperlukan terkumpul di dalam darah.
Doktor yang akan mengkaji sampel tisu yang diambil dipanggil sebagai patologi. Ahli patologi akan memeriksa dan membuat kajian pada sampel tadi untuk bekas luka dan juga jangkitan orgasme. Keputusan daripada ujian biopsi akan dapat menunjukkan:

  • keadaan buah pinggang samada boleh dirawat atau disembuhkan.
  • seberapa cepat masalah kegagalan buah pinggang.
  • mengapa pemindahan buah pinggang tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Selama prosuder ini, pesakit mungkin sepenuhnya berada dalam kedaan kebas akibat kesan ubat pelali, atau mungkin tidur. Ada beberapa cara biopsi yang boleh dilakukan dalam proses untuk mendapatkan sampel buah pinggang. Antaranya ialah:

  • Suntikan (melalui kulit) biopsi. Doktor menggunakan jarum pencari kedudukan dan x-ray atau ultrasound untuk mencari tempat yang tepat dan kemudian menetapkan arah untuk mendapatkan sampel tisu. Seluruh prosedur biasanya memakan masa sekitar satu jam.(Aku buat biopsi yg ni.Masa aku buat tu tak lah smpi 1 jam pon,mak ckp dlm 30 minit dah siap.Beri kerjasama dgn doc supaya prosedur berjalan lancar & mudah)
  • Biopsi buah pinggang melalui pembedahan terbuka. Jika biopsi suntikan tidak sesuai untuk pesakit kerana ditakuti terjadinya pendarahan, kemungkinan doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan terbuka bagi mendapatkan sampel tisu.
  • Transjugular biopsi. Melalui prosuder ini, jarum dimasukkan melalui kateter yang masuk ke dalam urat nadi pesakit yang terletak di leher. Jarum akan turun melalui pembuluh darah ke buah pinggang untuk mendapatkan sampel tisu dari dalam tanpa menusuk kulit luar buah pinggang.

**Sebelum anda menjalani prosuder biopsi ini, ada beberapa perkara penting yang mesti anda ingat.

Sebelum Ujian

  • Pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang prosedur biopsi ini untuk memastikan yang anda benar-benar faham akan prosesnya.
  • Menandatangani borang persetujuan.
  • Elakkan dari mengambil makanan dan minuman lapan jam sebelum menjalani ujian biopsi.

Selepas Ujian

  • Doktor anda akan menyarankan supaya berbaring di atas punggung atau perut(sekiranya anda menjalani pemindahan buah pinggang) selama 12 atau 24 jam.
  • Anda perlu memaklumkan kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami masalah ini:
  • Kencing berdarah selepas 24 jam menjalani ujian biopsi,
  • Demam,
  • Rasa sakit yang semakin teruk di bahagian biopsi,
  • Ketidakmampuan untuk membuang ari kencing,
  • Pening atau pengsan & sebarang yg anda rasa sakit & tidak seperti biasa.

***Biopsi aku lebih kurang seperti diatas..doc akn bg bius setempat..masa prosedur ini doc sarankan kita supaya baring meniarap (rujuk gambar).biopsi aku lebih kurang dalam 30 minit (mak cakap).Doc suruh tarik nafas dalam2,then hembus pelan2 semasa jarum masuk ke kidney (rasanya lah dlm keadaan yg mcm tu,sbb doc srh tarik nafas dlm2 tu terasa sakit sikit kena cucuk..he3)

Kidney Biopsy Position


Kidney Biopsy Needle

***Then dh lps prosedur tu doc srh baring dalam 6-8 jam,jgn bergerak sgt,lps tu doc srh kumpul urin 24 h (dlm wad tu jugak) & then result dapat..klu sume nya ok then boleh la balik,next appmnt doc akn bg tau ubt apa yg sesuai...Dan aku disahkan LN (Lupus Nephrithis) class iv..bermulalah Cyclo sebanyak 12 kali then sambung with Azathioprine & prednisolone..