Thursday 5 December 2013

NEFRON : STRUKTUR & FUNGSINYA

Nefron adalah struktur penapisan kecil di dalam buah pinggang anda.Setiap buah pinggang mengandungi lebih dari sejuta nefron penapisan kecil yang membantu membersihkan darah anda.

Fungsi nefron ialah ia membantu anda:

Mengeluarkan lebihan air,sisa dan zat yang tidak diperlukan dari darah anda.
Mengembalikan bahan-bahan seperti natrium,kalium atau fosforus setiap kali bahan-bahan ini telah habis dari tubuh anda.
Setiap nefron terdiri daripada dua struktur utama,iaitu glomerulus dan tubul renal(buah pinggang).

Glomerulus

Glomerulus adalah pembuluh darah kecil atau dipanggil kapilari,yang kelihatan seperti bebola benang.Penapisan darah yang sebenarnya berlaku di dalam glomerulus.Setiap glomerulus di dalam buah pinggang anda bertindak seperti penapis yang membantu menjaga protin biasa dan sel-sel dalam aliran darah anda dan membolehkan sisa-sisa buangan,kelebihan cairan dan bahan-bahan lain untuk dikeluarkan dari tubuh.

Tubul

Tubul atau disebut juga sebagai tubul buah pinggang adalah satu tabung kecil di mana sisa buangan,cecair berlebihan dan zat yang digunakan semula seperti natrium dan kalium ditapis keluar melalui glomerulus melaluinya.

Buah pinggang anda akan mengukur bahan kimia seperti natrium,fosforus dan kalium dan akan membebaskan semula ke dalam darah untuk digunakan semula oleh tubuh apabila diperlukan.

Melalui cara ini,buah pinggang anda akan mengawal zat tersebut mengikut keperluan tubuh anda.Ini kerana keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk memastikan agar tubuh anda dapat berfungsi dengan baik

Nefron adalah bahagian yang paling aktif sekali melakukan tugasnya di dalam buah pinggang.Secara umumnya,bagi nefron yang normal akan menjalankan tugasnya siang dan malam untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah.Bagi setiap buah pinggang mempunyai kira-kira sejuta unit nefron.

Dua bahagian utama yang terdapat di dalam nefron ialah sel buah pinggang dan tubul buah pinggang.Sel darah ini mempunyai glomerulus(lihat gambar).Pembersihan darah berlaku di bahagian nefron.

Glomerulus,merupakan seberkas pembuluh darah yang sangat kecil,mempunyai lubang-lubang kecil yang berfungsi sebagai penapis.Keadaan ini bagi membolehkan air,sisa buangan dan juga bahan-bahan kecil melaluinya.Manakala zarah-zarah yang lebih besar dan juga zat-zat termasuk sel-sel dan protin tidak akan dibenarkan untuk melalui penapis ini.

Cecair yang ditapis termasuk sisa buangan dan zat-zat lain akan melalui satu tabung yang sangat kecil yang dipanggil sebagai tubul buah pinggang.Ia adalah satu tabung yang berselanjar yang mempunyai empat bahagian utama iaitu:

Tubul proksimal
Lingkaran menurun
Lingkaran menaik
Hujung tubul
Di dalam artikel ini kita hanya akan membincangkan fungsi tubul buah pinggang secara umum sahaja.

Pada peringkat permulaannya,tubul buah pinggang akan menerima cecair,bahan-bahan buangan dan zat kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Bahan kimia seperti natrium,fosforus dan kalium akan diukur oleh buah pinggang.Apabila tubuh kekurangan salah satu daripada bahan kimia tersebut,tubul akan membebaskan kembali bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk digunakan oleh tubuh.Dengan demikian,buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengatur keseimbangan bahan-bahan ini.Keseimbangan yang tepat adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup.

Kerosakan pada nefron akhirnya akan merosakkan fungsi buah pinggang.

-SUMBER BUAH PINGGANG SIHAT.COM-

MENGENAI BUAH PINGGANG & BAGAIMANA HIDUP DENGAN 1 BUAH PINGGANG

Soalan kepada tajuk di atas mungkin salah satu dari soalan yang baik yang mungkin pernah bermain di ruang fikiran anda. Bagaimana pendapat anda? Kalau ianya ditakdirkan terjadi kepada anda apakah anda rasa mampu untuk meneruskan hidup dengan hanya mengharapkan satu buah pinggang.
Secara normalnya semua manusia dilahirkan dengan memiliki dua buah pinggang sebagai satu komponen organ yang berfungsi atau apa yang dipanggil sebagai sistem buah pinggang. Termasuk juga dalam sistem buah pinggang ialah dua ureter, pundi kencing dan uretra.
Buah pinggang anda mempunyai  banyak fungsi yang sangat penting antaranya ialah untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah, mengaktifkan vitamin D dan menghasilkan beberapa glukosa. Walaubagaimanapun, fungsi buah pinggang yang palin utama ialah bertindak sebagai penapis yang akan menapis cecair badan yang yang melalui saluran darah untuk mengawal dan mengoptimumkan jumlah, komposisi, nilai pH dan tekanan mereka.
Air yang berlebihan, elektrolit, nitrogen dan sisa buangan lain akan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Fungsi ini bertujuan untuk mengekalkan dan mengoptimumkan persekitaran dalaman bendalir tubuh di mana sel-sel hidup.
Sebenarnya kehidupan anda masih boleh diteruskan dalam keadaan yang baik dengan kekurangan fungsi buah pinggang (walaupun boleh digantikan dengan rawatan hemodialisis). Tidak seperti kebanyak fungsi organ yang lain, kita dilahirkan dengan buah pinggang yang mempunyai banyak fungsi. Tahukah anda bahawa buah pinggang yang hanya berfungsi 75% masih mampu menampung kehidupan kita dengan baik.
Fungsi buah pinggang yang banyak ini membekalkan kepada kita 1.2 juta elemen asas fungsi penapisan dan nefron mikroskopik di dalam setiap buah pinggang. Nefron adalah tiub kecil yang menapis plasma darah, laraskan dan kemudian cecair tersebut akan dioptimumkan kembali untuk kegunaan tubuh.
Walaupun buah pinggang hanya mempunyai berat beberapa kilogram sahaja, dalam kebanyakan keadaan ia akan menerima kira-kira 20% dari semua darah yang dipam oleh jantung. Setiap hari kira-kira 120 liter cecair dan zarah akan memasuki nefron untuk ditapis.
Jika anda hanya memiliki satu buah pinggang, ia akan dapat menyesuaikan fungsinya untuk menapis sepertimana dua buah pinggang. Dalam keadaan sedemikian, nefron akan meningkatkan saiznya melalui proses yang dinamakan sebagai hipertrofi bagi mengendalikan beban tambahan. Proses ini berlaku tanpa kesan buruk walaupun selama bertahun-tahun. Malah sekiranya anda sejak dari lahir hanya memiliki satu buah pinggang, buah pinggang tersebut akan membesar hingga menyamai saiz berat gabungan dari dua buah pinggang.
Buah pinggang akan menapis sejumlah besar kandungan cecair pada setiap hari dan akan mengeluarkan semua kandungan dari darah kecuali protin dan juga sel-sel tubuh. Walaubagaimanapun nefron akan digunakan dalam pemprosesan tapisan dan bahan-bahan penting untuk kelangsungan hidup seperti air, glukosa, asid elektrolik dan amino yang secara aktif akan diserap semula ke dalam darah.Air dan bahan-bahan buangan seperti urea dan kreatinin, toksin dan metabolit ubat yang masih berada di dalam nefron akan dibuang sebagai air kencing.
Disamping dapat menyokong kehidupan walaupun dengan hanya satu buah pinggang, sistem buah pinggang mempunyai perlindungan yang lain. Meskipun nefron akan berhenti berfungsi pada kadar 1% setahun selepas mencapai usia lebih 40 tahun, nefron yang masih berfungsi akan cenderung untuk membesar dan akan menggantikan fungsi nefron yang telah mati.
Buktinya ialah mereka yang menderma satu organ buah pinggang masih dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang baik dalam jangka masa yang lama tanpa menjejaskan kesihatan sebagaimana yang telah digambarkan oleh mereka yang menderma dan dinilai sehingga tempoh 30 tahun selepas mereka melakukan pendermaan. Masalah utama kepada penderma ialah komplikasi yang jarang berlaku yang biassanya disebabkan oleh proses pembedahan, bukan kerana kekurangan satu buah pinggang.
-INFO DR BUAH PINGGANG SIHAT-