Sunday 28 October 2012

Buah Pinggang Kita


Buah pinggang adalah organ berbentuk kacang lima, setiap orang ada dua buah pinggang dan berat setiap satu kira-kira 150 gram.
Haaa..nilah buah pinggang kita..kecik je kn..mcm kacang merah je..hihiii
walaupon kecik..ianya sgt penting..


Ni posisi buah pinggang kita dlm bdn..
sume mesti igt posisi die same je kn..hihii (termasuk aku)

Dalam buah pinggang yang kecil ini berlaku proses penapisan darah untuk membuang semua bahan toksin melalui air kencing. Darah bersih akan dialirkan balik ke dalam badan.Bagi buah pinggang yang normal,terdapat sejenis penapis halus yang dipanggil glomeruli yang mana ianya berfungsi untuk menghalang albumin,iaitu sejenis protin,daripada keluar ke dalam air kencing.



Terjadinya kerosakkan buahpinggang/keradangan ini kerana glomeruli atau penapis halus tadi telah pun rosak atau berlaku kebocoran.

Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.

Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah.

Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak sepenuhnya.

Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi). Selain itu, penyakit darah yang merosakkan bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga boleh menyebabkan kegagalan ginjal.

Tanda kerosakan buah pinggang ,Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:

* Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.

* Air kencing bercampur darah.

* Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.

* Sakit belakang.

* Kerap buang air kecil pada tengah malam.

* Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki /bengkak pd mn2 bahagian anggota tubuh bdn.

* Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.

* Menjadi lemah atau berasa tidak bermaya yang melampau.

*Rasa loya & muntah2 dgn kerap,tanpa ada sebab yg lain.

Semua tanda di atas timbul berikutan buah pinggang tidak lagi mampu menyingkirkan bahan toksik dalam darah.Bahan toksik ini lama kelamaan meracuni tubuh pesakit dan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Diagnosis

1. Air kencing Dipstick – Tahap kandungan protin yang tinggi di dalam air kencing mungkin disebabkan oleh penyakit neprotic syndrom.

2. Air kencing 24 jam – Air kencing akan disukat selama 24 jam yang mana ianya bertujuan untuk mengira jumlah protin secara lebih tepat.

3. Darah – Penyakit neprotic syndrom akan menyebabkan kandungan protin rendah di dalam darah dan lemak akan tinggi.Kiraan kriatinin dan urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu.

4. Biopsi – Kaedah ini iaitu di mana sedikit sampel buah pinggang diambil dengan menggunakan jarum khas.Ianya adalah untuk menentukan jenis-jenis neprotic syndrom.Cara ini sangat penting untuk dilakukan kerana neprotic syndrom diperingkat minima boleh diubati dan mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat cerah.

Rawatan

1. Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.

2. Protin albumin akan diberikan untuk meningkatkan kandungan albumin di dalam darah dan ianya akan diberikan dalam kes-kes tertentu.Pada kebiasaannya ia tidak akan diberi.

3. Sekiranya badan dan muka mengalami kebengkakan atau Edema yang boleh mengancam nyawa,maka akan diberikan sejenis ubat kencing iaitu Frusimide.

4. Ubat antibiotik akan diberikan kepada pesakit sekiranya terdapat sebarang jangkitan.

5. Diet – Pengambilan garam bagi pesakit neprotic syndrom sangat perlu untuk dikawal.Selain itu pengambilan air juga perlu dikawal terutamanya ketika mengalami edema.Sekiranya dalam keadaan biasa,air tidak perlu dikawal secara keterlaluan.Dan pengambilan protin serta kalori yang baik sangat penting bagi pengidap neprotic syndrom.

- Diambil dari laman info kesihatan -   


1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    › Borgata-Hotel-Casino- › Borgata-Hotel-Casino- Borgata Hotel Casino & Spa 김제 출장안마 An opulent hotel and casino with 1,200 slot machines, this Atlantic City casino resort offers more than 광주광역 출장샵 1,600 slots and video  Location: Atlantic City, NJ Rating: 4.4 19,903 reviews Price range: $ (Based on Average Nightly Rates 제주도 출장마사지 for a 세종특별자치 출장마사지 Standard Room from our 토토 사이트 도메인 Partners) Which popular attractions are close to Borgata Hotel Casino & Spa? What are some of the property amenities at Borgata Hotel Casino & Spa?

    ReplyDelete