Wednesday 7 November 2012

BeRsIN..Hakkkcuummm!

Kenapa kita bersin? Apa manfaat bersin? Jangan tahan bersin!!!


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hakkkcuummm!!

--> Banyak orang yang menganggap bersin sebagai hal yang biasa2 je. Memang akan terjadi tiba2 je..Padahal, faktanya bersin merupakan suatu mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. kuman, virus, debu, atau benda asing lain masuk ke hidung. maka saluran pernafasan akan mengeluarkan lendir atau menghalangi virus sehingga tubuh terlindung daripada penyakit. melalui bersin...

--> Bersin merupakan respon tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mendeteksi adanya bakteri dan kelebihan cairan yang masuk ke dalam hidung, sehingga secara otomatis tubuh akan menolak bakteri itu.

--> Ketika bersin jantung akan berhenti berdenyut.  Setelah selesai bersin maka jantung akan kembali lagi berdenyut. Agama Islam menyuruh kita ucap “Alhamdulillah” yang artinya “Segala Puji bagi Allah”, karena jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya.

--> Jangan Tahan bersin,ini menyebabkan kuman dan benda asing tertahan dalam tubuh, Selain itu,terjadinya pecah gendang telinga, kehilangan pendengaran, Pembengkakan wajah sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Sebab, saluran hidung dan mulut yang menjadi sarana keluaran bersin berhubungan juga dengan telinga. 

kenapa bila bersin kita tutup mata??? Cuba buka mata..hahaaa

Ini kerana ..Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga ketika kita bersin, maka secara automatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak dimasuki oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.
Selain itu, ketika kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegup untuk seketika . Setelah selesai bersin maka jantung akan berdegup kembali.
Oleh kerana itu, dalam agama Islam, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Tuhan iaitu "Alhamdulillah" yang bererti "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya, setelah terhenti sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi....

Bersin pon ada adab tau..hehee

Apabila kita bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah”, sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.

Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan “Afakallah” (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah”.

**Tpi klu an da bersin lebih dr 3 kali..dan berkali-kali..bermakna anda nk dijangkiti selsema..sila berjumpa doktor..hehehee




No comments:

Post a Comment