Tuesday, 29 January 2013

RESIPI : MANTAU

Tertengok rancangan SELERA kat tv3..menarik perhatian lak resipi ni..hehee
macam nk test buat.. :)


SPIRAL MANTOU



BAHAN-BAHAN :


  • 180g Air
  • 3.5g Yis
  • 350g Tepung di ayak>>yg ni kita guna tepung serbaguna
  • 25g Gula Caster>> yg ni kita lebihkan sikit
  • 10g Minyak>> guna minyak jagung
  • 1 tbs Serbuk Koko


CARA-CARA


  • Satukan semua bahan kecuali serbuk koko kedalam mangkuk bersih. Uli sehingga terbentuk doh yg licin n tak melekat di tgn, kalau kurang air boleh tambah sbb kita tambahkan air.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian, satu bahagian sebanyak 330g dan satu bahagian lagi seberat 220g.
  • Ketepikan doh yg berat dan ambilkan doh yg beratnyer 220g tadi dan campurkan dgn serbuk koko, uli doh tadi sehingga kaler serbuk koko td menjadi sebati(utk proses ni kita tambahkan air sikit masa menguli) Uli sehingga doh menjadi licin dan rata.. Rehat doh tadi selama 5 minit.



  • Ambil roll pin dan rollkan doh kosong menjadi segiempat tepat lebih kurang 30cmx20cm canai nips dan ketepikan.
  • Ambil pula doh coklat yg direhatkan tadi dan roll kan seperti doh kosong tadi tetapi lebih kecil sizenyer berbanding dgn doh kosong tadi.
  • Sapukan keseluruh permukaan atas doh putih tadi dgn air dan letakkan doh coklat di atas permukaan doh kosong yg telah disapukan air tadi, tekan2 sedikit supaya melekat diantara doh coklat dan doh kosong.
  • Selepas itu sapukan keseluruhan permukaan atas doh coklat yg telah dilekatkan td dgn air dan gulung seperti membuat swiss roll (lihat gmbr bwh) Pastikan kedua dua doh td melekat.
  • Potong kepada 8 bahagian, dan alaskan dgn baking paper yg telah di gunting terlebih dahulu(mcm buat pau tuu)
  • Biarkan doh mengembang selama 30-45minit di dalam pengukus.
  • Tambahkan air didalam pengukus, panaskan sehingga air mendidih dan kukus doh tadi selama 15 minit dgn menggunakan api sederhana. Angkat dan boleh dimakan begitu saja :D


                
Bentuk doh yg telah di bentukkan n di potong.


_DSC0432
doh yg belum kembang :D

5 comments:

  1. Oo..senang aje..nak try la

    ~ datang dari blog deno..salam kenal :)

    Pstt ada word vrification..leceh bila nak comment..boleh buang tak? Ramai blogger tak suka mende alah ni..nak ramai comment..kena buang dulu..kalau nak tapis comment just amik setting yg publish comment after approval :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..sy pon x prasan blog sy ade wv..a'ah..kkdang2 komen kt blog org pon ade tugak..mcm leceh..dh last2 x komen..mcm x reti..huhuu..tq ye sbb bgtau..sy ni x reti sgt psl blog2 ni..sikit2 je..hehee..

      Delete
  2. nampak sedap.
    salam perkenalan. sudah follow blog ini ^ ^

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan sume.. :D
    TQ sume..follow blog sy yg x seberapa ni.. :)
    Ajar2 lah mn yg kurang memuaskn tu..sy budak br belajar ;)

    ReplyDelete